Selamat Datang

Anda sedang melayari laman web rasmi Persatuan Minang Malaysia (PMM).

Persatuan Minang Malaysia

PMM telah ditubuhkan pada 18hb Mach 1966 dan diasaskan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin. Matlamat utama PMM adalah untuk memelihara dan menjunjung martabat, budaya dan perpaduan masyarakat Minang di Malaysia.

PMM bergandung bahu dengan pihak kerajaan dan bukan kerajaan, serta seluruh ahlinya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, ekonomi dan keagamaan untuk manfaat para ahli khususnya serta masyarakat Malaysia dari pelbagai lapisan umumnya.

Dalam arus dunia moden dan globalisasi yang tiada sempadan ini, PMM berazam untuk menyahut seruan kegemilangan, demi menjaga nama baik persatuan dan para ahli. PMM sentiasa berusaha untuk menanam semangat kesukarelaan dan setiakawan antara para ahli serta juga yang bukan ahli.

Syndicate content